Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, June 16, 2008

WIRAJAYA

Pada 3o Mei 2008, kekuatan wira Bravo seramai 40 orang bersama kompeni-kompeni lain telah menjalankan aktiviti wirajaya(campign). Beberapa hari sebelum itu, semua pelatih telah diberikan alat-alat unuk dibawa ke dalam hutan. Antara alat-alatnya adalah seperti beg, dapur, mistin(ejaan betulnya tak tau)/periuk, ponco & water bottle. Selain itu pihak kem juga telah memberi bahan-bahan mentah untuk dimasak di dalam hutan, antaranya ialah beras, sardin, telur, tepung, minyak, ikan bilis, bawang merah, kentang, teh,mancis, vico & garam. Namun begitu, ada antara alatan yang disediakan hanya sedikit seperti lampu suluh, parang, pelita, tali & pembuka tin.
Kami telah berkumpul untuk mengira kekuatan masing-masing pada jam 1500 di padang kawad lama. Setelah suku daripada tenaga habis dikelurkan di padang kawad yang panas giler dengan memikul beg yang berat sambil menunggu manusia-manusia lain dan mendengar taklimat daripada jurulatih, barulah kami dibawa ke dalam hutan. tapak perkhemahan wira & wirawati adalah amat jauh. Oleh itu jangan percaya pada iklan plkn di tv. Mane boleh khemah wira & wirawati diasingkan hanya dengan sebatang sungai. Apatah lagi mereka boleh membuat malam persembahan bersama. Seterusnya, kami dibawa ke pangkalan perkhemahan masing-masing. Sebetulnya, pangkalannya sudah biasa dikunjungi oleh semua pelatih, namun begitu kami telah dikencing(ditipu) hidup-hidup oleh para jurulatih. Mereka telah membawa kami melalui jalan yang tidak pernah pelatih lalui. Oleh itu, semua pelatih beranggapan pangkalannya adalah jauh di dalam hutan. Ironinya, setelah hampir satu jam berjalan melalui jalan yang berbukit dan licin, akhirnya kami keluar di sebatang jalan berbatu. "Oh my god!", rupa-rupanya semua wira akan berpangkalan di tapak kembara halangan.
Arahan seterusnya adalah memasang khemah dengan menggunakan ponco. Agak tidak adil bagi wira Bravo kerana tapak bagi Kompeni Bravo memasang khemah adalah di lereng bukit. Sebaliknya, kompeni Alpha & Charlie di tanah rata bahagian bawah manakala Delta di tanah rata bahagian atas. Namun, kami tidak merungut, kerana ini baru dikatakan mencabar. Kompeni Bravo tergahagi kepada 7 kumpulan kecil. Maka, Bravo territory mempunyai 7 khemah. Tatkala semua wira sedang bertungkus lumus memasang khemah, hujan pun turun. Oleh kerana sejuk, kami telah menghidupkan unggun api di sebelah khemah yang sudah didirikan. Sambil itu, beberapa orang wira, mengambil peluang untuk menghidupkan bara api kecil di mulut, ini bertujuan mengambil tenaga dan memanaskan badan. Selepas itu, arahan diberi supaya setiap kumpulan untuk masak. Sementara semua kumpulan sedang menyediakan makan untuk makan malam di bawah ponco, kumpulan 3, telah mengambil inisiatif untuk memasak didalam terowong. Namun begitu, kami tidak terus masak bagi makan malam kerana bagi kami awal lagi kot. Jesteru, kami menyediakan makanan bagi minum petang. Sementara menunggu cengkodok ubi kami siap masak, beberapa orang daripada kami mengupas kulit bawang, ubi & ikan bilis. Setelah siap, kami mula masak untuk makan malam. Namun begitu, semua kumpulan lain sedang makan malam. Dukacita bagi kumpulan-kumpulan yang nasi tak masak. Pengalaman pertama kali masak menggunakan alat-alat yang diberikan, amt berharga bagi kami. Penglaman ini seperti kami adalah tentera yang sedang berperang kot. Mejority daripada kami, makan menggunakan daun pisang. Ternyata, perut menjadi cepat kenyang.
Pada malamnya, kami dikehendaki membuat persembahan dihadapan Tuan Komandan. Kami hanya mempunyai kesempatan untuk berbincang sahaja dan bukannya latihan. Kami mengambil masa 20 minit, dan mendapat kata putus untuk membuat sketsa yang bertemakan askar melayu menawan askar nippon. Sementara menunggu ketibaan Tuan, kami telah berkumpul dan mendengar celoteh-celoteh daripada para jurulatih. Setibanya Tuan, unggun yang besar telah dihidupkan bagi menandakan bermulanya acara. Bermula dengan kompeni Alpha, mereka membuat persembahan nyanyian lagu tema mereka ditambah dengan nyayian solo oleh rockapella mereka. Bravo dengan bangganya memulakan persembahan dengan nyayian solo oleh wira Marwan dengan lagu Sudirman(lagu ape pun tak tau). Selepas itu askar-askar nippon masuk dengan ganasnya sambil mengheret askar-askar melayu yang telah ditawan. Ketika askar nippon sedang khusyuk membelasah & membunuh askar melayu yang telah ditawan, tiba-tiba datanglah satu batalion askar melayu menyerang hendap. Maka kalahlah askar nippon. Selepas itu, lagu sudirman itu dinyanyikan secara beramai-ramai. Persembahan diakhiri dengan lagu tema Bravo & hakka mengelilingi unggun api. Seterusnya, acara diteruskan oleh kompeni Charlie & Delta. Charlie punya persembahan sama seperti Alpha & Delta lebih kurang seperti Bravo tetapi diadaptasi sebagai lakonan bertemakan askar melayu & komunis. Selepas Komandan balik, kami telah diberi taklimat bahawa jam 0500, semua wira akan keluar daripada hutan, maka semua makanan bolehlah dihabiskan segera.
Semasa di kawasan khemah line agak clear untuk smoking, maka ramailah wira smoking sambil memasak di dalam kegelapan dan kehujanan. Selepas itu adalah masa bebas. Ada wira yang bersembang dan tidur.
Jam 0230, kami telah dikejut supaya berkemas untuk meninggalkan hutan. Dalam keadaan yang amat gelap dan mamai, kami berkemas untuk meninggalkan pangkalan. Setibanya kami di padang kawad lama, didapati sebilah parang kompeni Bravo hilang. Setelah dimarahi, kami dibenarkan pulang ke bilik untuk mandi dan tidur.......

1 comment:

sara azman (>_<) said...

aku nk tau la..
lagu aper yg marwan nyanyi tuh..
+ kitorng x tau plak pasal parang bravo ilang...
wirawati x der wat pun prsembahan..
kitorng rehat jer lps mkn mlm...
sara azman...